Statistik pada tahun 2010 yang merekodkan 400,000
kemalangan jalan raya ditambah dengan fakta bagaimana kenderaan telah
menjadi sebahagian aset dalam kehidupan kita, insurans kenderaan hari
ini adalah penting bukan sahaja untuk melindungi diri kita, tetapi
mereka yang terlibat dalam kemalangan.
Polisi insurans kenderaan akan melindungi pemilik
kenderaan dari menanggung bebanan kewangan sekiranya terlibat dalam
kemalangan.
Undang-undang di Malaysia melalui Akta Pengangkutan Jalan
1987 menghendaki semua kenderaan bermotor dilindungi insurans sebelum
cukai jalan boleh dibeli dan kenderaan boleh digunakan di jalan raya.
Terdapat tiga polisi insurans kenderaan generik iaitu, liputan Pihak
Ketiga, liputan Pihak Ketiga Kebakaran & Kecurian dan liputan
Komprehensif.
|
||||||
Insurans pihak ketiga adalah polisi yang paling asas,
hanya melindungi pihak ketiga dalam kemalangan, i.e. pemandu, penumpang
serta kereta yang anda terlibat dalam kemalangan dengan. Ini meliputi
pembaikan pada kereta pihak ketiga, dan kecederaan atau kematian pada
orang dalam kereta tersebut.
Liputan tambahan kebakaran dan kecurian menambah
perlindungan asas untuk kenderaan anda sendiri. Ia meliputi sebarang
kerugian atau kerosakan yang ditanggung akibat kecurian atau kebakaran.
Insurans komprehensif memberikan anda perlindungan terbaik
antara ketiga-tiganya. Selain daripda meliputi liabiliti pihak ketiga,
kecurian dan kebakaran kemalangan kereta sendiri, ia juga meliputi semua
kerosakan kepada kereta anda jika berlaku kemalangan, dan kerosakan /
kehilangan harta benda di dalam kereta anda sendiri. Kecederaan,
kematian dan kemudaratan badan lain atas diri anda dan penumpang anda
juga diliputi.
Kadar premium untuk polisi-polisi insurans ini dikawal
selia oleh Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Persatuan Insurans Am
Malaysia. Kadar-kadar ini akan berubah pada setiap tahun.
Perlindungan tambahan boleh didapati bergantung kepada spesifikasi setiap individu.
|
||||||
Faktor Yang Mempengaruhi Premium |
||||||
Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tapak/asas premium
untuk insurans kenderaan adalah lokasi, jumlah keseluruhan insurans
sebuah kereta (bergantung pada nilai pasaran) dan kapasiti tempat duduk kereta
tersebut. Nilai premium adalah ditentukan oleh Bank Negara Malaysia dan
Persatuan Insurans Am Malaysia.
Lokasi - Nilai tapak adalah bergantung kepada lokasinya sama ada di Timur atau Barat Malaysia.
Jumlah Keseluruhan Insurans -
Ini adalah jumlah untuk kenderaan anda yang akan diinsuranskan. Adalah
penting untuk memilih jumlah yang sesuai supaya ianya tidak terlampau
tinggi atau rendah.
Sekiranya kenderaan anda didaftarkan pada nilai rendah,
syarikat insurans akan membayar pampasan mengikut jumlah yang
diinsuranskan. Sebarang kos tambahan perlu ditanggung oleh pemilik
kenderaan.
Jika kenderaan anda didaftarkan pada nilai yang tinggi,
ini akan mengakibatkan nilai premium yang lebih besar dengan syarikat
insurans hanya membayar pampasan mengikut harga pasaran kenderaan
tersebut.
Kapasiti Tempat Duduk- merujuk kepada saiz enjin kenderaan anda.
Pemandu kenderaan mempunyai akses kepada
Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD)-jika pemandu masih belum membuat tuntutan dari polisi mereka untuk
tahun-tahun sebelumnya. Kadar diskaun ini diatur selia oleh Bank Negara
Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia.
Diskaun Tanpa Tuntutan-boleh mengurangkan premium yang dibayar oleh anda sehingga 50%.
Terdapat faktor-faktor yang dikenali sebagai Bebanan Premium(loading)
yang akan meningkatkan premium yang diperlukan untuk insurans. Ini
merupakan faktor yang mempengaruhi risiko yang diambil oleh syarikat
insurans untuk sesebuah kenderaan.
Umur Pemandu - Pemandu yang berumur kurang daripada 26 tahun dan lebih daripada 69 tahun.
Umur Kenderaan - Kenderaan yang berumur lebih dari 10 tahun.
Pengalaman Tuntutan - Frekuensi tuntutan dibuat.
Kenderaan Rekondisi / Terpakai - Ajuster akan menilai keadaan kenderaan rekondisi / terpakai.
Kenderaan Berkuasa Tinggi / Sport - Kenderaan dalam kategori ini akan mengakibatkan Bebanan Premium tambahan.
Kenderaan Berisiko Tinggi Untuk Dicuri / High Risk Theft Vehicle (HRTV) - Kenderaan yang tersenarai akan menanggung Bebanan Premium tambahan.
Liputan pilihan boleh dibeli bersama dengan insurans
kenderaan agar anda lebih dilindungi.
Berikut merupakan beberapa polisi
tambahan yang termasuk dalam liputan komprehensif.
Cermin Depan - Sekiranya
cermin depan kenderaan anda terlibat dalam kerosakan, liputan ini
merangkumi pemulihan ataupun penggantian tanpa memberi kesan terhadap Diskaun Tanpa Tuntutan anda.
Liputan Audio dan Aksesori -
Sekiranya aksesori kenderaan anda rosak, liputan ini merangkumi insurans
untuk pembaikan/pemulihan atau penggantian tanpa memberi kesan terhadap
Diskaun Tanpa Tuntutan anda.
Bencana / Kerosakan Istimewa -
Sekiranya kenderaan anda rosak disebabkan kejadian alam semula jadi
seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan sebagainya, liputan
insurans ini akan melindungi kenderaan anda.
Bilangan Pemandu Yang Dibenarkan - Premium akan dicaj jika bilangan pemandu di dalam polisi bertambah.
Bilangan Tempat Duduk - Premium akan dicaj untuk kenderaan yang mempunyai lebih dari 5 tempat duduk.
Pengubahsuaian Tangki dan Kit - Liputan ini adalah untuk melindungi kit Kenderaan Gas Asli/Natural Gas Vehicle (NGV) dan tangki.
Liabiliti Undang-Undang Ke Atas Penumpang - Digunakan sekiranya penumpang kenderaan anda memfailkan saman di atas dasar ketidakprihatinan.
Pampasan bagi Masa Pembaikian - Pampasan ke atas tempoh masa kenderaan anda berada di bengkel untuk proses pembaikpulihan.
Syarikat insurans mungkin akan mengenakan Bebanan Premium tambahan dengan merujuk kepada sejarah pemandu bagi menimbang-tara risiko yang perlu mereka tanggung.
Had Am
Secara umumnya, syarikat insurans hanya mengeluarkan
polisi untuk kereta yang berumur kurang dari 15 tahun dan mempunyai
nilai minimum sebanyak RM 10,000. Kereta yang melebihi kedua-dua faktor
ini dianggap sebagai terlalu berisiko untuk diinsuranskan. Bagi
mendapatkan insurans kereta yang menepati kedua-dua faktor tersebut,
cara yang terbaik adalah dengan melalui ejen insurans yang
berhubung-kait dengan kerajaan seperti MYEG dan Pos Malaysia.
|
||||||
Khidmat Pembaharuan Cukai Jalan Serta Insuran Melalui Kiosk MYEG, Urusan Menjadi Lebih Mudah & Cepat,Tidak Perlu Geran Atau Covernoted Insuran Asal Untuk Berurusan Dengan Kami.Dapatkan Sebut Harga Insuran Anda Disini,Buat Semakan Di Panel 'SEMAK KADAR INSURAN & CUKAI JALAN ' Atau Hubungi Pejabat Kami Di Talian 09-5147979,Mereka Yang Tinggal Berdekatan Kuantan Boleh Terus Hadir Ke Pejabat Kami.
Jumaat, 25 Oktober 2013
INSURAN KERETA DI MALAYSIA
Tag
MYEG
Kami Adalah Agensi Pemasaran Berdaftar Yang Dilantik Oleh Sebilangan Bank dan Koperasi.Berpusat Di Kuantan Bagi Kawasan Pantai Timur.Kami Mengendalikan Pengurusan Pembiayaan Peribadi Kakitangan KERAJAAN (AG,STATE),GLC dan BADAN SWASTA TERPILIH.Terbuka Kepada Semua Termasuk Yang Bermasalah Untuk Mendapatkan Kelulusan Di Tempat Lain.Nama disenaraihitam oleh institusi kewangan ataupun anda yang menjadi ahli AKPK juga adalah digalakkan memohon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan